
“Itu lelaki yang sungguh baik,” kata seorang penduduk Makkah.
Andainya anak manja kepada Umair dan Khunas itu berlalu di satu jalan, semua mata anak dara memandang kepadanya. Haruman bajunya semerbak dan kekayaannya terserlah, sudah cukup menarik perhatian mereka.
Itu kisah sebelum keislamannya.
Selepas itu, kemewahan dunia yang diperolehinya, seorang hartawan yang kaya raya lagi mempunyai nama yang masyhur, disaluti kasih sayang ibu bapa yang tidak seaqidah lagi, akhirnya…ditinggalkan!
Beliau meninggalkan semua itu, tanpa bersyarat demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya.






